30 October 2005

Moody And Migrain~!!


Arghh.. Macamana bole kalah ngan Boro ni MU..
Come on la.. Main macam takde semangat je....
O'Shea pun main macam Shial~!
Argh aku komplen sini bukan nye Sir Alex bole dengar pun..

Napa la pala pening nih..
Bila la aku nak balik klang nih..
Poket dah kosong.. Aku tak tido lagi..
Lagi 3-4 hari nak raya..
Aku masih di umah sewa..
Apa apa pun tak beli for raya..
Hahahaha...

29 October 2005

Sapa korang semua ni?

Cuba Lihat Siapa Diri Anda!!


Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga
menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.Untuk pengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.Contoh:

12 April 1974

12 + 4 + 1974 = 1990

1 + 9 + 9 + 0 = 19

1 + 9 = 10

1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)


Keterangan nombor lahir


1. Ketulenan
* Hadir dengan idea baru.
* Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
* Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
* Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin
atau boss.
* Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
* Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah
secara terbuka.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1:
Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynona,Judd, Nancy Reagan, Requel
Welach

2. Pendamai

* Dilahirkan sebagai diplomat.
* Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil
kira dirinya sendiri.
* Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
* Mereka tidak suka bersendirian.
* Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup;
tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
* Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu,mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri
(self esteem) dan meluahkan perasaan
* secara terbuka tanpa berselindung.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg,
Thomas Edison,
Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria

* Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
* Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
* Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
* Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
* Mereka sangat popular dan idealistik.
* Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith,
Salvador Dali,
Jody Foster

4. Konsevatif

* Golongan ini sangat peka dan tradisional.
* Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
* Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
* Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
* Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
* Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
* Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher,
Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner,
Paul Hogan

5. Perintis

* Mereka adalah perintis.
* Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil
* isiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
* Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
* Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu
daripada setiap situasi yang ditempuhi.
* Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
* Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan
sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5:Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter,
Vincent Van Goh,
Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik [ Ouled Kenitra ]
* Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
* Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
* Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
* Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
* Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
* Mereka suka seni musik.
* Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
* Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver,
Merly Streep, Christopher
Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual

* Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk
menerima sesuatu perkara dengan mudah.
* Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
* Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
* Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
* Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam
menyelesaikan sesuatu perkara.
* Mereka sangat suka berahsia.
* Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan
dunia sebenar.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7:William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson,
Joan Baez,
Princess Diana

8. Penyelesaian

* Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
* Mereka adalah profesional, berterus terang,penilai yang baik dan sangat tegas.
* Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
* Mereka sangat suka mengendalikan manusia.
* Mereka melihat manusia secara objektif.
* Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
* Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan
* keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8:Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,
Jane Fonda, Pablo
Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon

* Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
* Mereka sangat penyayang dan pemurah.
* Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua
dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
* Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk
memahami mereka.
* Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
* Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada
nasib dan perasaan (mood).
* Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9:Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford,
Gloria Steinem,
Jimmy Carter, Elvis Presley.

Raya~!

Hmm..
Dah ready ke nak raya?
Layak ke beraya?
Hehe..

Baju raya takde lagi.. :(
Tapi at least takde xm pas raya haha..

Buat semua..
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

15 October 2005

Finale~!

Tu tu tu tuuu.. tututut tu tuu [ ikut irama lagu final countdown ]

Argh.. Final minggu depan nih...
So kepada semua.. Wish me LUCK~!

1.CPRB413 Project I 01 N/A N/A N/A

2.CMPB435 Advanced Database Management Systems 01B Level 4, Library 18/10/2005 14:30:00 - 17:30:00 B181

3.CMPB443 Information Technology Act 02 Level 4, Library 24/10/2005 09:00:00 - 12:00:00 B281

4.CISB234 E-Commerce 02 Level 4, Library 26/10/2005 09:00:00 - 12:00:00 A060

08 October 2005

At last..

Habis jugak presentation project 1 aku..
Overall okay..
Aku just kena ubah sikit literature review aku ngan storyboard..
Tak lengkap katanya..

Cuma expectation derang kat aku amat lah tinggi..
Pn Rosnafisah cakap dia nak guna courseware aku ni pasal tahun depan dia nak gi umrah.. Sir yunus lak nak buat copy dan distribute kat masjid2 ngan lecturer2..
Mampu ke aku nak memikul beban dan tanggungjawab ini.. _|¯|O ~!!
Ya Allah, bantulah hamba mu ini dalam menyiapkan final report project 1 nya..

07 October 2005

Project 1 presentation : POSTPONED~!!

WTF~! Aku dah bgn awal pagi.. dah buat preparation dah semua.. tepat kul 0900 aku pegi bilik En Yunus.. Aku jumpa Pn Rosnafisah dulu (second reader aku)dia kata klu dah ready kasitau dia..
Dalam kul 0945 baru En Yunus ada.. Pastu dia pandang aku dgn muka pelik.. Aku siap pakai tie lagi..

Aku: A'kum sir, i'm supposed to present my project at 9..
Dia: Ye ke? Kenapa I tak tau pun?
Aku: Saya dah buat appointment hari isnin lepas..

Kami masuk kebilik dia.. Dia check dia punya organizer..

Dia: U see.. takde pun nama u dalam nih.. Masjid Online ada la.. pukul 0815
Aku: Er.. patutnye ada la.. pasal saya dah confirm dah ngan sir
Dia: Sekejap ye.. (sambil mencari cari sesuatu kat meja dia)..

Pastu dia jumpa kertas yg ada nama aku dan appoinment aku..
Pastu dia suruh aku set masa lain.. Aku kena lah jumpa Pn Ros..
Argh~! Mencabar kesabaran di bulan puasa..

05 October 2005

Happy Ramadhan~!


Eh lupa lak nak ucap kat korang semua selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak..
Pose jgn tak pose..
JAVA pun aku dah lock folder dia..
Selamatkan diri dari JAVA dan H..

Semoga pose korang diberkatilah hendaknye..

LOST

Hehehe, lama gila dah aku tak update blog nih..
Aku dah LOST pasal project 1 nih..
Makan, minum, tidur semua dah betul..
At last.. esok [Khamis 6 Oct. pukul 9 pagi ] aku akan present project 1 aku..
Minna(everyone)~!! Wish me luck.. okay..